MENU

Sunday, August 25, 2019

Program Demonstrasi Alat Pemadam Api Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Tangkak

Anjuran Unit Latihan Eksa Imam As-Syafi'ie
Tarikh: 25/8/2019

Aturcara Program

9:00 - 9:30  :
Kehadiran anggota-anggota dari jabatan bomba dan penyelamat daerah Tangkak.
Taklimat pengenalan mengenai LatihanPengusian Bangunan Dan Demonstrasi  Alat Pemadam Api oleh Encik Izwan Bin Mohamad (Pegawai Bomba KB 19).

9:30 - 10.30 :  
Demostrasi alat pemadam api.

10.30 - 11.00 :
Penerangan berkaitan dengan alatan yang berada di dalam jentera bomba.

11.00 - 12.00 :  
Sesi penutup , penyerahan cenderhati dan jamuan bagi anggota bomba  yang hadir.

Aktiviti-Aktiviti Sepanjang Program

Pemerhatian keadaan pejabat dan sekitar oleh  anggota bomba yang hadir mengenai aspek keselamatan.


Pemerhatian keadaan pejabat dan sekitar oleh  anggota bomba yang hadir mengenai aspek keselamatan. (Sambungan).


Sesi taklimat pengenalan sebelum program demostrasi dilakukan

Sesi Demostrasi Mengguna Alat Pemadam Api

Pengenalan Kepada Alatan Yang Terdapat Pada Jentera Bomba.

Jamuan dan Penyerahan cenderhati kepada wakil Bomba


Faedah yang diperolehi daripada program ini
  • Memenuhi kreteria perlaksaan EkSA Jabatan berkaitan dengan isu keselamatan.
  • Kakitangan dapat memahami tentang teknik mengunakan alat pemadam api dengan cara yang betul.
  • Pihak mahkamah mendapat kelebihan dalam mengenalpasti  aspek –aspek keselamatan yang perlu ditambahbaik di kawasan dalam pejabat  dan luar pejabat.
  • Menjalinkan hubungan baik antara pihak bomba dan pihak mahkamah.
  • Kakitangan mahkamah dapat merasa pengalaman menggunakan alat pemadam kebakaran dan mengenali alatan-alatan yang terdapat dalam jentara bomba.
Ringkasan Program
  • Program demostrasi penggunaan alat pemadam api bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Tangkak telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25/8/2019. Program dihadiri oleh 8 orang wakil daripada jabatan bomba dan  8 orang wakil daripada mahkamah syariah tangkak .  Program selama 3 jam tersebut terdiri daripada aktiviti taklimat ringkas berkaitan demostrasi pemadam kebakaran . Aktiviti pengusian bangunan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan fasiliti dalam membuat aktiviti tersebut. Terdapat pelbagai faedah yang diperolehi oleh kakitangan MRS Tangkak daripada program tersebut
  • Lanjutan daripada program tersebut, pihak mahkamah  berharap dapat melaksanakan lagi program berkaitan keselamatan dan pencegahan kebakaran di masa akan datang. Semoga pengetahuan dan kemahiran yang ditunjukan oleh pihak bomba dapat membantu kakitangan mahkamah  dalam membuat persediaan sekiranya berlaku kebakaran.