MENU

Sunday, August 25, 2019

Program Demonstrasi Alat Pemadam Api Bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Tangkak

Anjuran Unit Latihan Eksa Imam As-Syafi'ie
Tarikh: 25/8/2019

Aturcara Program

9:00 - 9:30  :
Kehadiran anggota-anggota dari jabatan bomba dan penyelamat daerah Tangkak.
Taklimat pengenalan mengenai LatihanPengusian Bangunan Dan Demonstrasi  Alat Pemadam Api oleh Encik Izwan Bin Mohamad (Pegawai Bomba KB 19).

9:30 - 10.30 :  
Demostrasi alat pemadam api.

10.30 - 11.00 :
Penerangan berkaitan dengan alatan yang berada di dalam jentera bomba.

11.00 - 12.00 :  
Sesi penutup , penyerahan cenderhati dan jamuan bagi anggota bomba  yang hadir.

Aktiviti-Aktiviti Sepanjang Program

Pemerhatian keadaan pejabat dan sekitar oleh  anggota bomba yang hadir mengenai aspek keselamatan.


Pemerhatian keadaan pejabat dan sekitar oleh  anggota bomba yang hadir mengenai aspek keselamatan. (Sambungan).


Sesi taklimat pengenalan sebelum program demostrasi dilakukan

Sesi Demostrasi Mengguna Alat Pemadam Api

Pengenalan Kepada Alatan Yang Terdapat Pada Jentera Bomba.

Jamuan dan Penyerahan cenderhati kepada wakil Bomba


Faedah yang diperolehi daripada program ini
  • Memenuhi kreteria perlaksaan EkSA Jabatan berkaitan dengan isu keselamatan.
  • Kakitangan dapat memahami tentang teknik mengunakan alat pemadam api dengan cara yang betul.
  • Pihak mahkamah mendapat kelebihan dalam mengenalpasti  aspek –aspek keselamatan yang perlu ditambahbaik di kawasan dalam pejabat  dan luar pejabat.
  • Menjalinkan hubungan baik antara pihak bomba dan pihak mahkamah.
  • Kakitangan mahkamah dapat merasa pengalaman menggunakan alat pemadam kebakaran dan mengenali alatan-alatan yang terdapat dalam jentara bomba.
Ringkasan Program
  • Program demostrasi penggunaan alat pemadam api bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Tangkak telah dilaksanakan dengan jayanya pada 25/8/2019. Program dihadiri oleh 8 orang wakil daripada jabatan bomba dan  8 orang wakil daripada mahkamah syariah tangkak .  Program selama 3 jam tersebut terdiri daripada aktiviti taklimat ringkas berkaitan demostrasi pemadam kebakaran . Aktiviti pengusian bangunan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan fasiliti dalam membuat aktiviti tersebut. Terdapat pelbagai faedah yang diperolehi oleh kakitangan MRS Tangkak daripada program tersebut
  • Lanjutan daripada program tersebut, pihak mahkamah  berharap dapat melaksanakan lagi program berkaitan keselamatan dan pencegahan kebakaran di masa akan datang. Semoga pengetahuan dan kemahiran yang ditunjukan oleh pihak bomba dapat membantu kakitangan mahkamah  dalam membuat persediaan sekiranya berlaku kebakaran.













                 


Wednesday, July 17, 2019

Tuesday, April 16, 2019

Sebelum Dan Selepas


Wayar berselirat di bawah meja kaunter telah dikemaskan semula.

Cop telah dilabelkan mengikut nombor.

Papan Nama Jawatan Pada Tempat Parking telah diletakkan

Salur Paip Telah Diselenggara Di Tempat Parking

Papan tanda OKU telah diletakan di parking OKU

Papan Tanda “Tempat Berkumpul Jika Berlaku Kecemasan” telah diletakkan Di Hadapan Pejabat. 

Mozek tertanggal dikawasan kaunter pondok pengawal telah dibaiki.

Barang peribadi dipondok pengawal telah disusun dan dikemaskan dengan baik.

Label tarikh luput telah ditampal di tempat yang mudah dilihat pada alat pemadam api.

Menambah info di sudut papan kenyataan luar

Mewujudkankan sudut gunasama dikawasan fotostate, faks dan perincih.

Rak surat khabar perlu dialihkan bagi memastikan tiada halangan di laluan utama kawasan ruang menunggu.

Kotak-Kotak telah dialihkan dan ruang tersebut dikosongkan.

Sliding Door telah dialihkan ketempat yang sesuai

Sarang Anai-anai telah dibersihkan

Kunci Telah disusun Mengikut Kod yang hanya Diketahui Oleh Penolong Pendaftar Sahaja.

Bilik Server Telah Dibersihkan Dan Dipastikan Sentiasa Kemas

Semua Yang Menggunakan Logo 5S Telah Ditukar Kepada Logo JKSNJ

Kotak-Kotak telah Dilabel dengan baik





Monday, April 15, 2019

Gotong Royong 15 April 2019


Tajuk: Aktiviti Gotong Royong Sempena Audit ke 2 EKSA 2019
Tempat: Persekitaran Luar

Maklumat Aktiviti :
Membina dan mendirikan papan tanda OKU dan " Sila Berkumpul jika kecemasan" menggunakan batang paip.


Sunday, April 14, 2019

Gotong Royong 14 April 2019

Aktiviti Gotong Royong Sempena Audit ke 2 EKSA 2019


Tempat: Ruang Menunggu 

Maklumat Aktiviti :
Mengalihkan sudut bacaan dari menghalang laluan utama ke pentadbiran.



Tempat: Kawasan Persekitaran Luar

Maklumat Aktiviti :
Memotong Lebihan getah paip air yang menghalang laluan ke parking kereta pegawai.


Thursday, April 11, 2019

Gotong Royong 11 April 2019

Aktiviti Gotong Royong Sempena Audit ke 2 EKSA 2019


Tempat: Pentadbiran

Maklumat Aktiviti :
Memasang papan nama bagi setiap unit di Mahkamah


Tempat: Pentadbiran

Maklumat Aktiviti :
Menampal plat nama bagi ruang gunasama kawasan untuk fotostat, mesin perincih, mesin binding, faks dan pencetak



Wednesday, April 10, 2019

Gotong Royong 10 April 2019

Aktiviti Gotong Royong Sempena Audit ke 2 EKSA 2019


Tempat: Pondok Pengawal

Maklumat Aktiviti :
1. Aktiviti membaiki semula jubin yang telah tertanggal di kaunter pondok pengawal.
2. Aktiviti menyemen semula kaki longkang yang telah pecah.



Tempat: Tempat Letak Kereta

Maklumat Aktiviti :
Memasang papan nama Hakim Syarie, Penolong Pendaftar dan Pelawat di tempat letak kereta.


Sunday, April 7, 2019

Gotong Royong 7 April 2019


Tajuk: Aktiviti Gotong Royong Sempena Audit ke 2 EKSA 2019
Tempat: Pentadbiran

Maklumat Aktiviti :
1. Membersihkan kawasan pentadbiran
2. Membuat petak alat tulis di dalam laci kakitangan


Tuesday, April 2, 2019

Gotong Royong 2 April 2019



Tajuk: Aktiviti Gotong Royong Sempena Audit ke 2 EKSA 2019
Tempat: Semua Lokasi 

Maklumat Aktiviti :
Memasang papan nama bagi setiap unit di Mahkamah



Sunday, March 24, 2019

Gotong Royong 24 Mac 2019

Aktiviti Gotong Royong Sempena Audit ke 2 EKSA 2019

Tempat: Dewan Bicara

Maklumat Aktiviti :
Mengemas Dan Menyusun Atur Dewan Bicara

Tempat: Persekitaran Luar

Maklumat Aktiviti : 
Membersihkan kawasan sekitar luar dan kaki lima pejabat